Kempen Kami Prihatin telah dilancarkan pada 22 Mac oleh Utusan Malaysia. Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Tapi, sejak dilancarkan masih ada bayi yang dibuang. Sedih kan? Harapnya dengan adanya kempen ini, jumlah pembuangan bayi dapat dikurangkan atau lebih baik tiada langsung kes pembuangan bayi.
Menurut statistik sejak empat tahun lalu, sebanyak 407 kes pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan dilaporkan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bloggers juga boleh menyatakan sokongan terhadap Kempen Kami Prihatin. Bagaimana? Mari kita pamerkan logo Kami Prihatin di blog masing-masing.
Untuk berita terkini, sila layari Kempen Kami Prihatin di Utusan Malaysia.
InsyaAllah, dengan adanya kempen ini gejala ini dapat dibendung. Sedih tengok bayi-bayi yang dibuang. Comel-comel belaka. Baik la bagi kat orang yang memang nak anak tapi tak dapat.
No comments:
Post a Comment