Monday, August 4, 2014

Ikatan silaturrahim kita eratkan

Seminggu beraya di kampung rasa macam tak cukup. Seronok berkumpul adik beradik, sepupu, makcik pakcik dan saudara mara dekat ataupun jauh. Yang jumpa setahun sekali pun kalau berjumpa panjang perbualannya.

Makan dan minum usah diragui, sentiasa ada. Rezeki di bulan Syawal. Alhamdulillah.

Salah satu aktiviti yang selalu dilakukan di hari raya ialah kunjung mengunjungi. Sedari kecil lagi mama papa selalu bawa kami adik beradik menziarahi sanak saudara baik yang dekat atau yang jauh. Walaupun dah berjumpa di kampung, kami tetap menziarahi saudara di rumah mereka. Yang wajib pergi, rumah makcik pakcik, atuk nenek saudara.

Kata mama biar kenal saudara mara. Dulu masa kecil ada jugak masa-masa yang malas nak pergi beraya. Yelah malas nak berpanas-panas dengan baju kurung. Rancangan kat tv pun boleh tahan juga. Tapi kami adik beradik ikut je kalau mama papa pergi beraya.

Sekarang ni bila dah ada keluarga sendiri, tiba giliran saya pulak bawak anak2 kenal saudara mara. Walaupun tidak berkumpulan dengan mama papa, saya akan pastikan saya akan ziarah saudara mara. Saya rasa orang2 tua seronok menerima kunjungan. Bila dah berumur, tinggal berdua je kat rumah. Jadi bila ada yang berkunjung mereka berasa seronok.

Sempena bulan Syawal ni, marilah kita merapatkan silaturrahim dengan saudara mara mahupun rakan taulan kita. Kenalkan anak2 kita dengan amalan ini. Sambil2 tu kita mengajar mereka menghormati yang tua, kenalkan suasana kampung, sawah bendang mahupun ayam dan itik. Yelah kat bandar ayam yang dikenali hanya yang terhidang kat atas meja.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails