Saturday, August 9, 2014

Air adalam elemen penting dalam badan. 2 pertiga dari badan kita terdiri dari air.
Tisu dan organ penting terdiri dari air
  • Otot mengandungi 75% air
  • Otak mengandungi 90% air
  • Tulang mengandungi 22% air
  • Darah mengandungi 83% air
Kenapa air begitu penting untuk kita

  • Air menyalurkan nutrient dan oksigen ke dalam sel-sel badan
  • Melembapkan udara di dalam paru-paru
  • Meningkatkan metabolisme
  • Melindungi organ-organ penting
  • Membantu penyerapan nutrient ke dalam organ-organ
  • Mengimbangi suhu badan
  • Membantu prosess detoksifikasi
  • Melindungi dan melembapkan sendi-sendi dan joints
Setiap sel dalam badan memperlukan air. Jadi kita perlu pastikan kita minum air secukupnya untuk kesihatan. Antara tanda-tanda kekurangan air adalah
  • Letih dan lesu
  • Migrain
  • Sembelit
  • Kekejangan otot
  • Kulit kering
  • Masalah buah pinggang
  • Tekanan darah tak menentu
Jadi jangan lupa untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Atau pun rule of thumbnya adalah setiap 30kg berat badan, anda perlu minum 1 liter air.
Macam sukar kan...tetapi jika diamalkan selalu pasti senang. Antara tips yang boleh diamalkan adalah
  • Pastikan sentiasa ada botol berisi air di atas meja kerja atau tempat yang mudah anda lihat. 
  • Pastikan kosongkan botol anda sebelum lunch dan penuhkan kembali selepas lunch
  • Letak bekas berisi air di sebelah katil anda
**Pastikan ia nya air kosong yaa... kalau air manis nanti lain pula kesan nya :)

Selamat mencuba!

Aida Manan
Call/SMS/WhatsApp :019 2711279
Emel : aidamunira@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails