Kebelakangan ni isu boikot kembali 'mengganas'. Baik di media sosial, media cetak dan tak kurangnya diadakan perhimpunan, flashmob dan sebagainya.
Kepada yang memboikot ada sebab musabab tersendiri. Ada yang boikot produk yang dihasilkan di tanah palestine (yg dirampas), syarikat yg pro-israel, syarikat yang menyumbang kpd puak zionis dan sebagainya. Ada juga yang boikot produk dari negara yang pro-israel. Apa-apa pun sebabnya, cara kita boikot kena lah betul caranya.
Si polan A hanya boikot Mekdi dan si polan B pula boikot semua produk USA. Tapi masing2 nak menegakkan yang apa yg diboikotnya betul dan mesti diikuti oleh orang lain. Jangan. Setiap orang mempunyai pendapat dan pemahaman yang berbeza. Si A beranggapan boikot syarikat yang teran terangan memberi dana kepada israel utk menakluk palestine. Memang betul.
Si B pula beranggapan disebabkan USA menyokong Israel dan menyalurkan dana ke Israel maka semua produk USA mesti diboikot. Bagi dia memang betul. USA menyalurkan dana dgn menggunakan the tax payer money. Syarikat2 di USA sudah tentu membayar cukai dan duit ini digunakan utk menyalur dana ke israel. Jadi betul juga pendapat si B.
Tapi kalau kita lihat Mekdi memang bagi direct kt israel. Tapi dlm situasi pemahaman si B, the fund is indirectly given to israel. Macam kita kt sini bayar income tax lepas apa gomen buat dengan duit itu adalah di luar bidang kuasa kita.
Tapi itulah pemahaman si B. Jadi apa2 pun sebab musabab kita nak boikot, Janganlah sampai bergaduh hingga memutuskan silaturrahim. Kita buat apa yang kita mampu dan secara perlahan-lahan.
Kalau kita nak mengajak org utk boikot pun ada caranya. Janganlah nampak kawan tu tgh minum Milo, dimakinya depan2 orang ramai. "Ko ni minum Milo..pro israel la ko ni" kan dah mendatangkan malu dan kemarahan pada kawan tadi. Nak tegur dgn cara berhemah. Nyatakan sebab kenapa perlu boikot.
Jangan juga kita maki hamun dan boikot pekerja2 Mekdi, Nest**, koka kola. Mereka mencari rezeki. Kalau nak nasihat kena buat secara berhemah. Mereka pun ada hati dan perasaan.
Ada juga tak mampu lagi nak boikot semuanya. Jangan jadikan mereka mcm pesalah kerana tak boikot. Masing2 ada sebab mereka tersendiri. Kita terus nasihati mereka dan mana tau slowly they will accept. Jangan gunakan sentimen yang boleh mengundang kemarahan dan memecahbelahkan ikatan silaturrahim.
Selain boikot ada lagi cara yang dpt kita bantu rakyat palestine iaitu dgn cara menderma. Tak banyak sedikit pun takpe asalkan ikhlas. Tak dapat menderma pun, kita boleh berdoa. Doa kan senjata orang mukmin.
Kalau nak boycott janganlah seasonal. Bila palestine kena serang baru boikot. Bila dah reda, masuk balik Mekdi.
Dan mungkin disebabkan tekanan boikot menyebabkan syarikat berkenaan terus mengubah polisi mereka utk tidak menyalurkan sumbangan ke israel. Janganlah diteruskan boikot. Buat naya pulak kat orang tak baik kan
Apa-apa pun, faham kenapa nak boikot dan boikot lah dgn cara yang betul
No comments:
Post a Comment