Saturday, August 9, 2014

Air adalam elemen penting dalam badan. 2 pertiga dari badan kita terdiri dari air.
Tisu dan organ penting terdiri dari air
  • Otot mengandungi 75% air
  • Otak mengandungi 90% air
  • Tulang mengandungi 22% air
  • Darah mengandungi 83% air
Kenapa air begitu penting untuk kita

  • Air menyalurkan nutrient dan oksigen ke dalam sel-sel badan
  • Melembapkan udara di dalam paru-paru
  • Meningkatkan metabolisme
  • Melindungi organ-organ penting
  • Membantu penyerapan nutrient ke dalam organ-organ
  • Mengimbangi suhu badan
  • Membantu prosess detoksifikasi
  • Melindungi dan melembapkan sendi-sendi dan joints
Setiap sel dalam badan memperlukan air. Jadi kita perlu pastikan kita minum air secukupnya untuk kesihatan. Antara tanda-tanda kekurangan air adalah
  • Letih dan lesu
  • Migrain
  • Sembelit
  • Kekejangan otot
  • Kulit kering
  • Masalah buah pinggang
  • Tekanan darah tak menentu
Jadi jangan lupa untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Atau pun rule of thumbnya adalah setiap 30kg berat badan, anda perlu minum 1 liter air.
Macam sukar kan...tetapi jika diamalkan selalu pasti senang. Antara tips yang boleh diamalkan adalah
  • Pastikan sentiasa ada botol berisi air di atas meja kerja atau tempat yang mudah anda lihat. 
  • Pastikan kosongkan botol anda sebelum lunch dan penuhkan kembali selepas lunch
  • Letak bekas berisi air di sebelah katil anda
**Pastikan ia nya air kosong yaa... kalau air manis nanti lain pula kesan nya :)

Selamat mencuba!

Aida Manan
Call/SMS/WhatsApp :019 2711279
Emel : aidamunira@gmail.com

Friday, August 8, 2014

Gusi berdarah bila tak cukup vitamin

Sejak ada baby jadual harian jadi kelam kabut sikit. Kena ikut rentak baby. Ni kena adjust sebelum start kerja tak lama lagi. Bila rutin dah kacau bilau, jadual makan pun entah ke mana. Vitamin pun kekadang miss nak makan.

Ada satu pagi, masa gosok gigi tengok-tengok ada darah keluar. Ni mesti kes gusi berdarah. Berlarutan la jugak 2-3 hari. Kenapa la pulak gusi ni berdarah. Bila recall balik..baru teringat dah beberapa hari miss makan ostematrix. Ni lah sumber kalsium saya sebab saya tak minum susu

Selalu saya ambil ostematrix sebelum tidur. Tapi bila dah ada baby kekadang bila nak tidurkan baby dengan maknya sekali tertidur kan. Itu yang miss makan ostematrix. 

Kekurangan kalsium hanyalah salah satu sebab gusi berdarah. Lagi satu kurangnya vitamin C.



Bagaimana Ostematrix Mengatasi Masalah Gusi Berdarah?

Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium. Ostematrix mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang memastikan penyerapan kalsium yang optimum ke dalam tubuh badan


Magnesium - membantu penyerapan kalsium dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
Vitamin D - memaksimumkan penyerapan kalsium
Vitamin K - membantu mengikat kalsium antara satu sama lain
Boron - membantu dalam metabolisma tulang 
Zinc, Copper, Manganese - mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Kesemua vitamin dan mineral ini dapat membekalkan kalsium yang maksima ke dalam tubuh badan

Lepas ni saya kena pastikan makan vitamin secara konsisten. Gerun jugak tengok darah masa gosok gigi. Rasanya pun tak best. Payau.

Nak cuba Ostematrix harini? Contact saya untuk maklumat lanjut atau beli sendiri secara online.

Aida Manan
Call/SMS/WhatsApp :019 2711279
Emel : aidamunira@gmail.com

Thursday, August 7, 2014

Who moved my cheese

'Change' atau perubahan satu perkataan yang kalau disalah praktikkan boleh menjadi baik atau buruk. berubah menjadi baik atau berubah mendai kurang baik. Teringat masa saya bekerja di PETRONAS, masa tu kecoh pasal outsourcing. Ex-boss saya menyarankan untuk membaca buku "Who Moved my Cheese" by Dr Spencer Johnson



Menariknya buku ini, dia menggunakan analogi tikus yang mencari kejunya. The gist of the book its about changing. Terutama di tempat kerja, management bertukar, polisi syarikat berubah, business pun berubah. Dan bila perubahan berlaku, adakah kita sebagai pekerja tidak berubah? Takkan masih di takuk yang lama.

Begitu juga dengan our personal life. Kita sentiasa perlu berubah untuk menjadi yang terbaik. "Old habits die hard". Memang betul susah nak mengubah sesuatu yang dah menjadi habit. Contoh habit merokok. Cuba tanya perokok tegar, susah nak lepaskan habit merokok.

Nak berubah kena ada caranya. Tak perlu berubah secara drastik. Sebab kemungkinan besar perubahan itu tidak kekal lama. Do a little change but persistenly. It will gradually become a habit. Got it?

Contoh perokok, kalau nak berhenti merokok. Mungkin mula-mula kurangkan bilangan rokok sehari. Mula-mula kurangkan 10% kemudian 30%, lama-lama 100%.

Berubah untuk kebaikan, insyaAllah ada jalannya. Yes we can ;)

Tuesday, August 5, 2014

Boycott kena pada cara

Kebelakangan ni isu boikot kembali 'mengganas'.  Baik di media sosial, media cetak dan tak kurangnya diadakan perhimpunan, flashmob dan sebagainya.

Kepada yang memboikot ada sebab musabab tersendiri. Ada yang boikot produk yang dihasilkan di tanah palestine (yg dirampas), syarikat yg pro-israel, syarikat yang menyumbang kpd puak zionis dan sebagainya. Ada juga yang boikot produk dari negara yang pro-israel. Apa-apa pun sebabnya, cara kita boikot kena lah betul caranya.

Si polan A hanya boikot Mekdi dan si polan B pula boikot semua produk USA. Tapi masing2 nak menegakkan yang apa yg diboikotnya betul dan mesti diikuti oleh orang lain. Jangan. Setiap orang mempunyai pendapat dan pemahaman yang berbeza. Si A beranggapan boikot syarikat yang teran terangan memberi dana kepada israel utk menakluk palestine. Memang betul.

Si B pula beranggapan disebabkan USA menyokong Israel dan menyalurkan dana ke Israel maka semua produk USA mesti diboikot. Bagi dia memang betul. USA menyalurkan dana dgn menggunakan the tax payer money. Syarikat2 di USA sudah tentu membayar cukai dan duit ini digunakan utk menyalur dana ke israel.  Jadi betul juga pendapat si B.

Tapi kalau kita lihat Mekdi memang bagi direct kt israel. Tapi dlm situasi pemahaman si B, the fund is indirectly given to israel. Macam kita kt sini bayar income tax lepas apa gomen buat dengan duit itu adalah di luar bidang kuasa kita.

Tapi itulah pemahaman si B. Jadi apa2 pun sebab musabab kita nak boikot,  Janganlah sampai bergaduh hingga memutuskan silaturrahim.  Kita buat apa yang kita mampu dan secara perlahan-lahan.

Kalau kita nak mengajak org utk boikot pun ada caranya. Janganlah nampak kawan tu tgh minum Milo, dimakinya depan2 orang ramai. "Ko ni minum Milo..pro israel la ko ni" kan dah mendatangkan malu dan kemarahan pada kawan tadi. Nak tegur dgn cara berhemah. Nyatakan sebab kenapa perlu boikot.

Jangan juga kita maki hamun dan boikot pekerja2 Mekdi, Nest**, koka kola. Mereka mencari rezeki. Kalau nak nasihat kena buat secara berhemah. Mereka pun ada hati dan perasaan.

Ada juga tak mampu lagi nak boikot semuanya. Jangan jadikan mereka mcm pesalah kerana tak boikot. Masing2 ada sebab mereka tersendiri. Kita terus nasihati mereka dan mana tau slowly they will accept. Jangan gunakan sentimen yang boleh mengundang kemarahan dan memecahbelahkan ikatan silaturrahim.

Selain boikot ada lagi cara yang dpt kita bantu rakyat palestine iaitu dgn cara menderma. Tak banyak sedikit pun takpe asalkan ikhlas. Tak dapat menderma pun, kita boleh berdoa. Doa kan senjata orang mukmin.

Kalau nak boycott janganlah seasonal. Bila palestine kena serang baru boikot. Bila dah reda, masuk balik Mekdi.

Dan mungkin disebabkan tekanan boikot menyebabkan syarikat berkenaan terus mengubah polisi mereka utk tidak menyalurkan sumbangan ke israel. Janganlah diteruskan boikot. Buat naya pulak kat orang tak baik kan

Apa-apa pun, faham kenapa nak boikot dan boikot lah dgn cara yang betul



Monday, August 4, 2014

Ikatan silaturrahim kita eratkan

Seminggu beraya di kampung rasa macam tak cukup. Seronok berkumpul adik beradik, sepupu, makcik pakcik dan saudara mara dekat ataupun jauh. Yang jumpa setahun sekali pun kalau berjumpa panjang perbualannya.

Makan dan minum usah diragui, sentiasa ada. Rezeki di bulan Syawal. Alhamdulillah.

Salah satu aktiviti yang selalu dilakukan di hari raya ialah kunjung mengunjungi. Sedari kecil lagi mama papa selalu bawa kami adik beradik menziarahi sanak saudara baik yang dekat atau yang jauh. Walaupun dah berjumpa di kampung, kami tetap menziarahi saudara di rumah mereka. Yang wajib pergi, rumah makcik pakcik, atuk nenek saudara.

Kata mama biar kenal saudara mara. Dulu masa kecil ada jugak masa-masa yang malas nak pergi beraya. Yelah malas nak berpanas-panas dengan baju kurung. Rancangan kat tv pun boleh tahan juga. Tapi kami adik beradik ikut je kalau mama papa pergi beraya.

Sekarang ni bila dah ada keluarga sendiri, tiba giliran saya pulak bawak anak2 kenal saudara mara. Walaupun tidak berkumpulan dengan mama papa, saya akan pastikan saya akan ziarah saudara mara. Saya rasa orang2 tua seronok menerima kunjungan. Bila dah berumur, tinggal berdua je kat rumah. Jadi bila ada yang berkunjung mereka berasa seronok.

Sempena bulan Syawal ni, marilah kita merapatkan silaturrahim dengan saudara mara mahupun rakan taulan kita. Kenalkan anak2 kita dengan amalan ini. Sambil2 tu kita mengajar mereka menghormati yang tua, kenalkan suasana kampung, sawah bendang mahupun ayam dan itik. Yelah kat bandar ayam yang dikenali hanya yang terhidang kat atas meja.





Wednesday, April 27, 2011

I want my Nasi Lemak

I still remember those canteen operators in CBN be it primary or secondary. Although I didn’t have nasi lemak everyday during schooldays (just because my mom used to prepare my bekal), but the fact that lepaking at canteen sounds good J. Does nasi lemak contributes to obesity? Yes and No. takat makan sekali sehari,I don’t think the effect is obesity. Besides, kids need more energy which majority comes from carbohydrate which eventually comes from rice. Nasi lemak is a soo Malaysian kind-of-breakfast food. No one should take it away from the Malaysian.

*pic googled

What the government should do it to ban the selling of junk food, sweets, and chocolates in school. Sugar is the main contributor to obesity. Plus these things don’t have any nutrition. Unlike Nasi lemak – u have egg (protein), Cucumber (fiber), rice (carb).

Fast food as well should not be advertised anywhere in school. I do remember back then, bila ada event like Sports Day ke mesti ada KFC etc. See See..baik bagi nasi lemak than KFC rite?

So please don’t take away Nasi Lemak in schools or else the kids will forget the taste of Malaysian Food!  


Tuesday, April 26, 2011

It has been 25 years...n yet we still want to build it

Today marked the 25th year since the Chernobyl nuclear plant explosion on 26th April 1986. I didn't know much about the Chernobyl nuclear explosion till Japan faced almost-similar nuclear crisis. Googled it and reading the chronology and the after effect saddened me. How can human could possibly think of building nuclear reactor knowing how dangerous it is. The after effect will last thousand of years!


When Japan's nuclear crisis has just began and Malaysia has decided to build nuclear plant. Aduyai..
Sebijak2 orang Jepun pun takleh nk contained the nuclear reaction. Are we ready to build it? Not to look down on our peoples' capabilities, but it is a wise decision? It is really worth it?
Hopefully the government will make a thorough study before firmly deciding on building a nuclear plant.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails